Pada 9 September lepas, kami ada mengeluarkan berita mengenai pelakon popular, Shaheizy Sam telah terlantar di wad di Hospital Ampang gara-gara dijangkiti demam denggi.

BACA: Shaheizy Sam terlantar di wad, demam denggi 

Berita gembira hari ini, peminat Shaheizy boleh menarik nafas lega kerana Shaheizy kini telah dibenarkan pulang selepas terlantar di Hospital sejak 4 September lalu.

Menurut Sam, dia bersyukur kesihatannya telah pulih sepenuhnya namun doktor menasihatinya supaya banyak berehat dan kerap minum air. Dia berharap dapat menjalani penggambaran 15 September ini berjudul Polis Evo dalam keadaan yang sihat dan lancar.