Penyanyi, pelakon dan juga model terkenal, Aliff Aziz bakal bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Bella Astilla pada 12 Disember 2015 ini sekaligus menutup spekulasi percintaan mereka selama ini.

Dipetik Aliff berkata

Saya akan bertunang pada 12 Disember ini. Tarikh itu dipilih memandangkan angkanya iaitu 12.12.2015 nampak cantik. Tambahan pula ia jatuh pada hari Sabtu. Insya-Allah pertunangan ini akan diikat selama setahun dan kemudian kami akan melangkah ke fasa perkahwinan pula

Apabila orang komen kami dilihat seperti suami isteri, saya senyum sahaja. Saya dan pasangan masih tahu batasan yang perlu dijaga. Kami masih lagi ada ibu bapa yang perlu dijaga hati mereka. Gambar yang dimuat naik sekadar perkongsian dengan peminat dan bagi saya, semua orang berhak memberi pendapat masing-masing