Agak lama juga Amelina, seorang penyanyi dangdut yang sangat popular sekitar 90-an dahulu. Kami masih ingat tagline Amelina iaitu “Sungguhku tak mahu, menahan rindu… Ahh.. Ahh!”. Baru-baru ini namanya disebut-sebut di media tanahair.

Apakah benar Amelina bakal comeback? Kenapa selepas 15 tahun baru mahu kembali? Ada gosip nakal mengatakan Amelina sudah kembali “solo”. Amelina sudah seperti bersedia untuk menjawab soalan-soalan kontroversi jika dia kembali menyanyi.

Mengenai rumahtangganya, Amelina kini ibu kepada enam orang anak dan dia perlu berhati-hati bercakap mengenai isu itu. Takut tersalah sebut nanti havoc pula jadinya. Amelina kini menjadi artis dibawah pengurusan Wake The Baby Records yang dimiliki Ajai.

Hmm warga-warga tua seperti kami, adakah anda bersedia berdangdut kembali? Heh!