Amir Raja Lawak, pelawak yang digemari ramai telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya yang hanya disebut sebagai Intan pada hari Jumaat lalu.

Jurugambar rasmi mereka, The Permaisuris telah mengambil foto-foto manis di majlis yang berlangsung di rumah Intan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Amir juga dilihat memberi sepatah dua kata melalui caption gambar yang dimuat naik di Insta yang berbunyi

Assalamualaikum..ini la gambar pertunangan sy dan intan,syukur alhamdulillah..harap anda semua doakan jodoh kami panjang,aminnn..terima kasih kpd anda semua..nanti kami kahwin,in shaa Allah kami jemput ye.

Gambar penuh akan dipaparkan di bawah.