Ammar-Atikah-Video-Lucah-MEDIAMALAYA

Pelakon, Atikah Suhaimie dan Ammar Alfian telah digosipkan terlibat dalam video lucah. Di dalam video tersebut terdapat seorang lelaki bersama mereka yang digosipkan sebagai Idris Khan. Namun begitu kedua-dua artis itu menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka dalam gosip video lucah itu dan menganggap ia suatu yang melampau.

Dipetik Ammar berkata

Saya terkejut apabila diberitahu mempunyai video lucah bersama dua pelakon iaitu Atikah dan Idris. Benda itu tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana disebabkan gosip itu, saya kehilangan tawaran berlakon apabila produser tidak mahu mengambil risiko

Perkara itu tidak benar sama sekali. Saya juga tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul? Kami memang berkawan baik kerana sama-sama berlakon dalam drama bersiri, Puteri Gunung Ledang. Mungkin orang tengok kami rapat dan mesra

 

Manakala Atikah pula berkata

Disebabkan itu, mereka mula menyangka yang bukan-bukan, malah mengaitkan saya dan Ammar bercinta