Pelakon dan model, Ammar Alfian menafikan mencari publisiti murahan dengan memuat naik gambar badannya bertatu di Intagram, semalam.
Ammar menjelaskan pihak lain tidak perlu perbesarkan isu itu hanya kerana dia tidak berbaju kerana sebelum ini terdapat juga selebriti lain menayangkan badan mereka. Dia berkata lagi, disebabkan tidak disukai segelintir pihak maka perkara itu sengaja diperbesarkan.
Menurut Ammar, tatu tersebut telah dibuat selepas dia putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lepas iaitu Puteri Farah Liyana dan tidak perlu menjadi orang lain untuk menjaga hati orang lain. Ammar berharap, peminat perlu menilai lakonannya dan bukan melihatnya dari segi peribadi.
Dia juga bercadang untuk membuang tatu tersebut namun klinik di tanahair memberitahu terdapat kesan parut jika ia dibuang.