Pada 15 April yang lepas, kami ada mengeluarkan artikel di mana Ana Dahlia bersama kekasihnya telah bercuti bersama di Bangkok, Thailand
BACA: Ana Dahlia dan kekasih bercuti di Bangkok
Menurut Ana, dia berasa kesal kerana gambar yang dikongsi bersama peminat di Insta telah disalahgunakan dan disebarkan dengan sengaja bagi mengaibkannya dan kekasih. Ana ketika dihubungi pihak portal GUA telah berkata
Mengenai acara Songkran, saya tidak tahu pun acara itu akan disambut ketika saya ke sana. Kawan-kawan saya mengajak saya bercuti ke sana, jadi saya hanya mengikut mereka sahaja dan itu cuma kebetulan. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi mengenai perkara ini