Sunday , January 23 2022

Anita Sarawak bersara dan sudah bertudung?

Anita-Sarawak

Penyanyi era 80-an, Anita Sarawak dikatakan sudah bersara daripada dunia nyanyian kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan hartanah bersama suaminya, Mahathir di Las Vegas

Dipetik adiknya, Noorkumalasari berkata

 

Ketika itu saya memberitahunya ada pihak mahu membuat tawaran mengadakan persembahan, tetapi dia memaklumkan sudah tidak menyanyi. Saya terkejut dan bertanya sekali lagi untuk mengesahkan perkara itu, dia menjawab memang betul dan dia gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang (berniaga)

Kebiasaannya dia (Anita) yang akan hubungi saya kerana ia lebih mudah. Dia juga memaklumkan belum mahu pulang ke Malaysia dan Singapura kerana sibuk dengan urusan perniagaan itu.

Sebelum ini, terdapat gosip liar mengaitkan Anita Sarawak di mana dia sudah bercerai dan bertudung namun dakwaan itu telah dinafikan oleh Noorkumalasari.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …