Saturday , May 15 2021

Anzalna Nasir & Hanif Zaki bakal umum tarikh berkahwin tidak lama lagi

Siapa sangka hubungan cinta pelakon Anzalna Nasir dan Hanif Zaki sudah hampir mencecah 5 tahun dan nampaknya mereka kini sudah bersedia untuk berumahtangga. Berita gembira buat semua, mereka berdua telah menetapkan tarikh perkahwinan dan akan diumumkan sebulan sebelum majlis itu berlangsung. Tak sabar kami hendak tahu tema majlis mereka nanti. Pastinya meriah!

Dipetik Anzalna berkata

Alhamdulillah, setiap apa yang dirancang sudah menjadi kenyataan. Secara peribadi, saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya akui persiapan ke arah itu sedang dilakukan dan tarikh perkahwinan juga sudah ditetapkan. Cuma ketika ini, biar hanya saya yang tahu.

Sama ada akan dilangsungkan akhir tahun ini seperti yang dicanangkan umum, belum masanya untuk saya berkongsi. Saya hanya akan umumkan sebulan sebelum tarikh kami menaiki jinjang pelamin. Doakan yang terbaik supaya semua perancangan itu menjadi kenyataan.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …