Anzalna Nasir telah membuat pengumuman menerusi rancangan hLive! Apa Kata Malaysia pada malam semalam bahawa dia bakal berkahwin dengan kekasihnya, Hanif Zaki pada awal tahun depan.

Di dalam rancangan itu, Hanif turut menyatakan bahawa mereka akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama. Dipetik Hanif berkata

Insya-ALLAH, majlis tunang dan nikah akan diadakan pada tarikh sama. Bukan tidak mahu buat pada tarikh lain, tetapi jadual Anzalna yang padat. Saya faham. Majlis nikah, tunang dan resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Kuala Lumpur kerana kedua2 keluarga kami menetap di sini.