Agak-agak uols, sape artis ni yek? Yang kami boleh teka artis bertudung program realiti sekarang ni cuma Heliza Helmi, Fara Breep Breep, (— tambahan – Thalia Mentor, Rini AF, Rina AF). Kalau uols terfikir artis yang lain, sila beritahu kami di ruangan komen.

Dipetik dari Harian Metro

MELIHAT penampilan artis wanita bertudung ini, takkan mungkin kita percaya ada sisi ‘kejalangan’ dalam dirinya. Tapi itulah hakikat sebenar dan SS sendiri tergamam apabila teman-temannya sendiri membuat pendedahan aktiviti kurang sihat artis wanita ini.

SS berikan sedikit bayangan mengenai profil artis wanita ini. Tidak begitu popular namun dikenali kerana dia pernah membintangi sebuah program realiti.

Berbalik pada gosip yang SS dengar, artis berperwatakan Islamik ini sebenarnya tidaklah sebaik mana. Iyalah, kalau dia perempuan baik takkan menyelinap masuk rumah lelaki bujang kot! Pergi malam buta balik siang pulak tu.

Curiga teman-teman dan orang sekeliling berganda, apabila mendapat tahu rumah yang dikunjunginya itu didiami lelaki tulen bukan golongan ‘adik-adik’.

Lebih dahsyat, dalam masa sama dia ada pasang skandal lain juga dan sering mengunjungi rumah mereka mengikut kemahuan hatinya. Apa yang berlaku di dalam rumah, wallahualam SS tak pasti kerana tidak nampak. Tapi secara logik apabila pasangan lelaki dan wanita bukan muhrim berdua-duaan takkan syaitan tidak berbisik untuk melakukan perkara terkutuk itu.

Tidak mungkinlah bersembahyang tahajud bersama kan? Bagaimanapun, teman-temannya mengesyaki dia sudah melakukan sesuatu kerana selain bentuk badan nampak perubahan macam orang sudah berkahwin, mulutnya memang ringan kalau bercerita pasal seks, siap cerita skil-skil lagi.

Bongok! itu sajalah perkataan yang terlintas di fikiran SS buat masa ini. Tidak tahu nak kata apa lagi, kepada artis wanita ini bawa-bawalah bertaubat atau tanggal sajalah tudung itu jika tidak pandai menjaga maruah diri serta menjaga imej wanita Islam kerana pemakaian tudung bukan untuk dipersendakan.

Bertudung bukan sekadar menutup aurat, pemakaian juga harus dijaga. Bahkan pertuturan dan tingkah laku mestilah seiring dengan imej yang dibawakan barulah orang ‘respect’ kepada wanita yang berpenampilan sebegini.

Kalau mulut asyik bercakap benda tidak baik, pakai baju pun sendat dan menjolok mata tak payah pakai tudung lagi baik.