Saturday , May 15 2021

Ary Malik meninggal dunia kerana menderita Kanser Ovari

Pelakon dan pengacara, Ary Malik telah kembali ke rahmatullah setelah setahun menderita penyakit kanser ovari. Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 7.17 malam, Selasa di Hospital Ampang.

Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga termasuk suaminya, Shahrul Nizam dan anak-anaknya setelah 10 hari dirawat di hospital.

Hasil perkahwinan Allahyarham dengan Shahrul Nizam, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.

Sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …