1-tikah-suhaime-kini-sudah-ada-kekasih-baru-mediamalaya

Baru-baru Atikah Suhaime dilontar pelbagai soalan mengenai isu bergambar bogel dengan Idris Khan. Dengan tenang, Atikah menjawab kesemua soalan yang diajukan.

Selebriti itu telah menafikan bahawa individu yang berbogel di dalam gambar ini adalah dirinya dan berharap tindakan akan diambil segera.

Dipetik Atikah berkata

Saya tidak mahu lihat dan itu bukan gambar saya, tetapi ibu saya sahaja yang sudah melihat gambar tersebut dan katanya sabar sajalah.

Maaf saya tidak dapat nak komen apa-apa sangat dan saya berharap agar pihak pengurusan saya dapat mencari maklumat mengenai hal ini.

 

Dalam pada masa yang sama, apabila wartawan bertanyakan soalan peribadi dimana seorang jejaka Uzbekistan, Sherzod Yusuf merupakan kekasihnya, dia turut menafikan gosip tersebut.