Umum ketahui bahawa Awal Ashaari telah terlibat dalam sebuah kemalangan pada semalam hari ketika dalam perjalanan untuk mengacarakan program Melodi di Jom Heboh, Melaka. Ramai yang bersimpati dengan nasib Awal. Namun difahamkan bahawa Awal telah selamat dan hanya mengalami cedera ringan akibat kemalangan itu.

Sebagai membuktikan dia sihat dan usah mahu peminat berasa risau, Awal telah selfie di katil hospital untuk membuktikan dia selamat dan sihat. Melalui captionnya berbunyi

Assalamualaikum. Saya telah terlibat dengan kemalangan tengahari tadi ketika dalam perjalanan ke Jom Heboh Melaka. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, Terima Kasih diatas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yg diberikan oleh Hospital Melaka. Inshallah saya akan ditukarkan ke Kuala Lumpur malam nanti. Doakan kesihatan saya, dan rakan @izuan_mokhtar yang turut sama mengalami kecelakaan ini. Salam, Terima kasih.

*Off-topic: Belilah kereta yang sedikit mahal yang mempunyai SRS Airbag untuk menjamin keselamatan anda. Avoid kereta buatan Malaysia yang cikai.*