Saturday , December 3 2022

Awie bakal berkahwin dengan Syarifah Ladyana pada hujung minggu ini

awie-kahwin-kali-ketiga-mediamalaya

Penyanyi rock dan juga vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman telah mengumumkan akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Syarifah Ladyana pada hujung minggu ini.

Namun begitu, Aie tidak berkongsi tarikh sebenar majlis perkahwinannya atas faktor keselamatan untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku. Dipetik Awie berkata

 

Saya harap penjelasan ringkas ini tidak menimbulkan spekulasi. Bersama persetujuan keluarga, saya dan tunang akan bernikah pada hujung minggu ini.

Doakan urusan kami dipermudahkanNya. Bukan kami mudah percaya pada benda misteri tetapi bagi mengelakkan perkara tidak elok berlaku, biarlah kita tidak menwar-warkan tarikhnya.

Paling penting keluarganya juga memberi restu

Sebagai nota, Awie pernah mendirikan rumahtangga dengan Arni Nazira Anuar pada tahun 1998 dan bertahan selama 8 tahun sebelum berkahwin dengan Rozana Misbun pada 2006 dan bercerai semula pada 2014.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …