Kesian penulis tengok Azean Irdawaty ni, merayu tak habis-habis dalam akhbar mengenai kes dia tak dapat berjumpa anak buat kali terakhir. Undang-undang tetap undang-undang, dia siapa? Anak raja? Anak tuhan? Yang pihak berkuasa perlu memberitahunya dahulu sebelum anaknya akan dimasukkan ke dalam pusat pemulihan?

Semua orang tahu bahawa sekarang Azean Irdawaty hanya mampu hidup sehingga Oktober 2010, itu yang doktor katalah lepas Azean buat rawatan kanser payudaranya itu. Kami semua kasihankan Azean, tak gitu. Kasihan tu kasihan juga tapi pada pendapat penulis, tolonglah sudah-sudahlah merayu menggunakan rakan-rakan wartawan mengenai kes anaknya itu. Kes yang mana dia kecewa tidak dapat bertemu anaknya buat kali terakhir. I’m sick of it, okay.

Kalau dah nama pun pesalah, cakap apa pun tak guna lah kan. Dah kalau pihak berkuasa luluskan permohonannya untuk bertemu anaknya yang kononnya pada firasatnya anaknya tak bersalah (— semua ibu akan berkata begitu, tengok ajalah nanti bila anak masuk IPT, ibu tahu apa anak mereka buat time tu?). Apa pula kata ibu-ibu lain yang mana bukan artis, bukan kenamaan pun sibuk nak jumpa anak masing-masing yang meringkuk di dalam penjara atau pusat pemulihan atas kesalahan yang mereka telah buat dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman?

Fikir di situ, jangan fikir untuk diri sendiri. Pesalah tetap pesalah, tolongnya jangan gunakan air mata pelakon untuk merayu benda-benda yang nonsense.