Baru sebentar tadi Aziz M. Osman telah update status bahawa beliau sedang menemani isterinya, Puteri Lily Lokman yang sarat mengandung di Pantai Medical Centre, Bangsar menanti saat kelahiran anak pertama mereka.

Selepas Elyana bersalin beberapa hari lepas, kini tiba giliran Puteri Lily Lokman pula menanti saat yang ditunggu-tunggu.