Azwan-Annuar-Meninggal-Dunia-MEDIAMALAYA

Pelakon Azwan Annuar yang membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah telah meninggal dunia pada jam 10.15 pagi semalam akibat sakit belakang.

Pelakon yang membawa watak Wan Kaswi dalam filem tersebut mengadu sakit belakang sejak tiga minggu yang lalu. Tiada sebarang tanda-tanda sakit teruk sebelum ini selain berurut.

Jenazah Azwan Annuar telah dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kepong selepas solat Asar, semalam.