Selepas dipukul teman lelakinya, Firhan Yusuf. Azza dikatakan membuat laporan polis berkenaan ugutan SMS daripada orang yang tidak dikenali. Azza walaubagaimanapun enggan menerangkan kaitan SMS tersebut dengan rahsia peribadinya. Penulis menganggap, berkemungkinan ugutan itu adalah gambar tidak berbaju Azza, ataupun video Azza berbuat sesuatu yang jika diberitahu akan menyebabkan dirinya malu.

Tapi yang peliknya, sebelum Azza membuat laporan polis berkenaan ugutan SMS tersebut. Hari sebelumnya telah berlaku pertengkaran antara dia dan teman lelakinya sehingga ke tahap dia dipukul. Walaupun begitu, Azza dikatakan enggan untuk membuat laporan polis bahawa dia dipukul tersebut.

Apakah yang sebenarnya telah berlaku diantara mereka berdua? Adakah Azza telah bermain kayu tiga dan diakhiri dengan orang ketiga telah menyimpan sesuatu dari Azza sehingga membuatkan Azza takut rahsia peribadinya dibongkar?