Tiga hari lepas, sukarelawan dari Palestin dan pihak Antarabangsa telah ke Shujaya bagi menyelamatkan mangsa dan mengeluarkan mayat-mayat yang telah di bom pihak Israel.
Operasi ini disertai oleh ahli-ahli keluarga yang mahu mencari mangsa yang terselamat. Seorang lelaki muda Palestin berbaju t-shirt hijau berharap dapat menemui keluarganya namun ketika operasi mencari, dia telah ditembak ketika melintas lorong di antara bangunan. Saksikan dia ditembak jarak jauh pada minit ke 2:20 dan dalam keadaan tercera dia ditembak lagi sehingga mati. Inalillahi Wainailaihi Rojiun.