Bapa mertua kepada Ashraf Muslim, Lokman Abdul Hamid, 52, berasa kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat apa-apa keputusan terhadap permohonannya untuk berpoligami.

Menurut Lokman, Ashraf memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas tetapi ditangguh kerana isterinya tidak diwakili peguam dan menjelaskan Dayana tidak rela dimadukan, kerana itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah.

Kita tidak tahu apa kemelut yang melanda keluarga ini, namun di bulan mulia ini kita doakan supaya Dayana banyakkan bersabar dan Ashraf akan membuat keputusan yang adil.