Kecoh semalam apabila mendengar kisah si penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari tidak menerima bayaran setimpal hasil dari kutipan filem Ombak Rindu yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang.

Penulis novel tersebut di dakwa hanya menerima cukup-cukup bayaran untuk tambang pergi balik dari Johor ke Kuala Lumpur dan kehadiran beliau pun hanyalah atas dasar menyokong karya beliau yang diangkat menjadi sebuah filem.

Lain pula cerita hari ini, produksi yang menghasilkan filem ini, Astro Shaw dan Tarantella Pictures menjanjikan imbuhan buat penulis novel tersebut sekiranya kutipan mencecah RM8 juta.