Benjy telah ditahan polis dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu. Dia ditahan dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Johor kira-kira jam 1.40 pagi semalam.

Dia didapati ditahan bersama-sama dengan seorang lelaki Melayu apabila anggota polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi 4 paket plastik dadah disyaki syabu seberat 52.27 gram.

Sebagai nota, Benjy pernah ditahan beberapa kali disebabkan dadah pada tahun 2010 dan mendapat simpati peminatnya apabila arwah ibunya, Azean Irdawaty mengeluarkan kenyataan bahawa Benjy tidak bersalah.