Terdapat beberapa blog yang telah mengeluarkan berita mengenai kematian pelawak dan pelakon terkenal era 90-an iaitu Ebby Yus. Namun itu semua adalah berita palsu yang ingin meraih populariti di atas kesusahan orang lain.

Berita sebenar ialah Ebby kini semakin stabil walaupun dia disyaki dimasukkan ke dalam wad akibat masalah paru-paru. Perkara ini disahkan oleh Instagram milik pelawak kumpulan Jambu, Yus bahawa Eby telah keluar hospital dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.