Sumber dipetik dari ManggaOnline

Terkini: Hasil rawatan akan diketahui dalam masa diantara 24 hingga 48 jam. Hopefully this isn’t a prank because after 48 hours is 1 April, 1 April is April Fool day. Jurucakap AMP Radio Networks pula berkata, Din Beramboi telah dimasukkan ke hospital sejak semalam. Namun tidak diketahui punca penyakit DJ Era itu. Yang dapat dikongsi, “he is just really sick”.

Mangga Online baru sahaja mendapat berita mengejutkan ini. Din Beramboi dilaporkan sedang dalam keadaan kritikal dan sedang di bawah kawalan ketat doktor.

Din dikatakan mengadu tidak sihat sebelum ini dan sumber mengatakan beliau jatuh sakit selepas penggambaran di Zoo bersama Aflin Shauki. Din disyaki terkena jangkitan air kencing tikus dan organ dalamannya berhenti berfungsi.

Din Beramboi perlukan darah jenis O dalam masa 24jam ini. Sesiapa yang boleh membantu diminta terus ke Hospital Selayang.

Apa-apa pun mari sama-sama kita doakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. Semoga Din Beramboi cepat sembuh.