Takziah mediamalaya ucapkan pada keluarga Zubir Ali atas pemergiannya pagi tadi selepas menjalani pembedahan jantung. Allahyarham merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik yang disegani, dan juga antara artis selain Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yussof, Azman Warren dan Afdlin Shauki yang menyumbang kepada album ‘Ikhlas’ (1992), keluaran Roslan Aziz Productions.

Sumber: Zubir kembali ke Rahmatullah. (Gua.com.my)