Monday , March 27 2023

Berpakaian Seksi ketika nikah, Nora Danish dikecam

Sebelum berkahwin, mereka dikecam kerana sering bersama ke hulu dan ke hilir tanpa ikatan sah. Namun begitu, selepas upacara akad nikah mereka semalam, Nora Danish menjadi perhatian peminat apabila tampil memakai gaun pengantin yang agak terdedah dan jarang.

Bak pepatah Melayu yang berbunyi, “Rumah siap, pahat berbunyi”. Ada sahaja yang tidak berpuas hati dengan pasangan ini sebelum ataupun selepas berkahwin. Mereka berpendapat, baju itu tidak menepati hukum syariah Islam dan tidak sesuai dipakai ketika majlis akad nikah. Apa pun kepada pasangan baru berkahwin ini, semoga tabah menghadapi dugaan hidup dan kami mendoakan hubungan kamu kekal bahagia sehingga Jannah.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …