Pelakon dan pendakwah terkenal, Bob Lokman telah dikejarkan ke Hospital Taiping, Perak selepas mengadu mengalami sesak nafas, semalam. Difahamkan, kejadian berlaku ketika Bob sedang menikmati buah durian di sebuah majlis di Kuala Kangsar.

Malah, berita ini juga disahkan oleh pendakwah terkenal Ustaz Nazmi Karim menerusi akaun Facebooknya yang mengharapkan doa agar Bob Lokman sembuh seperti sedia kala.
Sumber dipetik: Media Hiburan Online