MACAM tidak percaya, namun itu yang diceritakan oleh rakan CAK baru-baru ini yang terserempak dengan vokalis kontroversi kumpulan Hujan, Noh dan pelakon berstatus ibu tunggal yang comel, Nora Danish berjalan berdua-duaan di sebuah pusat membeli-belah di Mutiara Damansara.

Kata kawan CAK, pada mulanya mereka tidak perasan siapa di samping Nora kerana si jejaka itu menutup mulutnya dengan baju yang dipakai kerana tidak mahu dikenali. Namun, macam mana hendak menyorok kalau diri itu memang popular.

nora-danish-noh-hujan

Tenung punya tenung, rupa-rupanya Noh yang bergandingan dengannya. Tidak tahulah apa hubungan mereka berdua, tetapi bak kata rakan CAK, kenapa perlu menyorok bak kura-kura. lagi sorok, lagi banyak telahan boleh dibuat.

Kadangkala, perkara yang orang tidak berapa kisah pun boleh jadi cerita panas hanya kerana pelakuan pelik kita. CAK tidak kata yang mereka berdua bercinta, tetapi jika benar ada sesuatu yang terdetik dalam hati mereka, baguslah.

Nora pun perlukan seseorang untuk menjaganya, maklumlah bukan senang hendak menguruskan keluarga setelah bergelar ibu tunggal. Yang ingin jadi pengganti pun, kenalah bersiap sedia menerima status Nora. Jangan hendakkan ibu, anak diabai. Tak eloklah macam itu!