Monday , March 27 2023

Dunia Artis

December, 2016

  • 10 December

    Saharul Ridzwan & Deena Emir bakal timang cahaya mata?

    Pasangan selebriti, Saharul Ridzwan dan Deena Emir telah berkahwin pada bulan Oktober yang lalu. Mereka dikhabarkan bakal menimang cahaya mata permata tidak lama lagi. Menerusi pengakuan di akaun Instagram Saharul, dia seolah berkongsi berita gembira dengan memuat naik gambar perkembangan bayi beserta caption bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

  • 5 December

    Azharina Juara Gegar Vaganza 3

    Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara dalam program realiti Gegar Vaganza 3. Sudah pasti ramai yang menjangka kemenangan dimiliki Azharina apabila beliau tampil dengan persembahan yang amat konsisten pada setiap minggu. Dengan kemenangan ini, Azharina membawa pulang wang tunai berjumlah RM100 ribu, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah, trofi …

  • 1 December

    Julia Ziegler Kahwin Jurutera Januari 2017 (6 Gambar)

    Untung badan jadi artis. Pelakon Julia Ziegler akan menamatkan zaman bujangnya dengan bakal menikahi seorang jurutera kimia bernama Johan pada 1 Januari 2017. Menurut Julia, dia memilih tarikh 1 Januari kerana hari tersebut merupakan hari Ahad dan akan mengadakan majlis secara sederhana di rumah keluarganya di Kampung Baru.

  • 1 December

    Gambar Bulan Madu Amar Baharin dan Amyra Rosli di Jepun

    Amar Baharin dan isterinya, Amyra Rosli kini sedang berbulan madu di negara matahari terbit, Jepun. Berikut antara gambar-gambar yang dikongsikan mereka melalui Instagram.

November, 2016

  • 27 November

    Puteri Sarah Liyana kini hamil 4 bulan

    Puteri Sarah, pelakon dan juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof diberitakan bahawa kini sedang hamil empat bulan. Pasangan ini dijangka melahirkan anak sulung mereka sekitar April 2017. Pasangan ini kelihatan teruja dalam usaha menyambut kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka. Menurut Sarah, dia tidak kisah nama apapun untuk anaknya asalkan nama tersebut bermula dengan huruf “S” sepertimana dirinya …