Pelakon popular, Adi Putra melalui akaun Instagram miliknya mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala kesilapan bersempena dengan bakal menunaikan ibadah haji bersama isteri pertamanya, Aida Yusof. Walaubagaimanapun, tarikh berangkat ke Tanah Suci Mekah tidak didedahkan. Sebagai rekod, ini merupakan ibadah haji kedua buat pasangan selebriti itu.
Dunia Artis
August, 2016
-
29 August
Nazim Othman sahkan tarikh pernikahan, 10 September 2016
Nazim Othman melalui akaun Instagramnya telah mengesahkan tarikh pernikahan sekaligus menjawab teka-teki mengenai tarikh perkahwinannya selama ini. Nazim bakal berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Bella Dally pada 10 September 2016 ini di Kota Kinabalu, Sabah manakala majlis resepsi di pihaknya pula akan diadakan pada 17 September 2016 di Johor Bahru.
-
28 August
Uqasha Senrose mengaku sudah tidak berhijab
Pelakon, Uqasha Senrose telah membuka mulut dan mengakui bahawa dia kini telah membuka hijab. Menurut pengakuannya itu, sepanjang 3 tahun imannya tidak tetap dan keputusannya berhijab adalah kerana kecewa selepas putus cinta. Menurutnya lagi, keputusan itu bukanlah untuk mempermainkan agama dan hanya ingin menjadi diri sendiri. Berikut adalah pengakuan selebriti tersebut
July, 2016
-
26 July
Yana Samsudin selamat melahirkan anak pertama
Yana Samsudin dan suami, Fadzil Zahari telah menerima cahaya mata yang pertama pada hari Khamis lalu (21 Julai 2016). Berita gembira ini telah dikongsi melalui akaun Instagram Fadzil. Bismillahiramanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, isteri saya Yana Samsudin selamat melahirkan seorang baby boy (bayi lelaki) pada 21 Julai 2016,” katanya menerusi kapsyen gambar berkenaan.
-
24 July
Sekitar Majlis Pertunangan Amyra Rosli & Amar Baharin (17 Gambar)
Antara gambar-gambar di sekitar majlis pertunangan Amyra Rosli dan Amar Baharin.