Pedas! Pasti berbulu kalau anda salah seorang followers pelakon terkenal, Que Haidar. Namun, Que bukan suka-suka memberi nasihat pedas. Ada sebabnya. Baru-baru ini, Que Haidar telah mewarnakan rambutnya. Gara-gara mewarnakan rambutnya itu, dia telah dikecam oleh sesetengah followersnya. Gambar yang dikongsikannya melalui Instagram itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya. Ada yang memberi sokongan apatah lagi yang memberi nasihat.
Gossip Panas
February, 2017
January, 2017
-
6 January
Faye Kusairi harap istikharah Azmi Hatta benar
Umum ketahui kontroversi melibatkan Faye Kusairi, Azmi Hatta dan Elly Mazlein cukup hangat diperkatakan tahun lepas. Ramai pengikut gosip tanahair simpati dengan nasib Elly apabila beliau ditinggalkan oleh suaminya ketika masih hamil anak pertama mereka. Ramai beranggapan bahawa punca kepada kemusnahan rumahtangga Elly melibatkan Faye.
December, 2016
-
25 December
Benarkah Perkahwinan Ke-2 Adi Putra Berantakan?
Menurut sesetengah peminat, mereka terjumpa isteri nombor dua pelakon, Adi Putra dalam keadaan kurus dan cengkung. Isterinya pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu. Semoga pasangan ini tabah dalam menghadapi cabaran hidup.
-
18 December
Video Yuna hampir dicium Anderson di Temubual Soul Train Music Award
Di dalam video tersebut memaparkan Anderson tampil kepada Yuna yang pada ketika itu sedang ditemubual namun tindakannya mahu mencium Yuna terbatas.
November, 2016
-
27 November
Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo
Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis korea, Lee Kwang Soo di Paradigm Mall telah menjadi viral semalam. Selain Ayda, selebriti lain seperti Saharul Ridzwan, Ajak Shiro dan Hairul Azreen turut menyaksikan kejadian tersebut. Rata-rata yang melihat video tersebut memberi komen tidak puas hati dengan kelakuan pengawal itu dan melabelkannya sebagai biadap.