Kontroversi Johan cium isterinya, Ozlyn Wati di khalayak telah menjadi viral selepas majlis ABPBH2014 pada hari 5 April lalu. Namun, pemenang kategori pengacara radio lelaki popular dan isteri tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan perilaku yang berlaku itu.
Gossip Panas
April, 2015
-
8 April
Kenyataan pelik Alyah di Instagram, timbul tanda tanya peminat
Havoc seketika apabila Alyah telah memuat naik gambar berwarna hitam bercaption “It’s over”. Namun selepas beberapa ketika, gambar tersebut telah di padamkan. Apakah motif gambar itu dimuat naik telah menjadi tanda tanya buat follower artis itu. Kami mengharapkan ia sekadar gimik lagu baru kerana tidak mahu melihat sebuah masjid runtuh lagi pada tahun ini.
-
7 April
Video Kontroversi Johan cium isteri di #ABPBH2014
Sedutan video ini menjadi viral apabila Johan ketika diumumkan penyampai radio lelaki popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH2014 telah memberi kucupan manis buat isteri. Namun ia disalah erti oleh segelintir peminat.
-
6 April
Pakaian Zizie Ezette di ABPBH14 mendapat kritikan peminat kerana
Fesyen yang digayakan Zizie Ezette mendapat kritikan negatif oleh peminat kerana terlalu ketat sehingga menampakkan yang tidak sepatutnya. Gambar penuh selepasi ni.
-
6 April
Aksi Johan cium isteri timbul reaksi negatif peminat
Kontroversi telah melanda majlis ABPBH2014 apabila pemenang Penyampai Radio Lelaki Popular, Johan telah menimbulkan perbalahan pendapat peminatnya apabila bertindak mencium isterinya, Ozlyn ketika namanya diumumkan sebagai pemenang.