Laporan berita daripada twitter rasmi Astro Awani memaklumkan pengulas sukan, Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), sebentar tadi. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
Isu Semasa
February, 2015
January, 2015
-
1 January
Harga Terkini RON95, RON97 dan Diesel pada 1 Januari 2015
Mulai 1 Januari 2015, harga terkini RON95, RON97 dan Diesel menerusi kenyataan rasmi KPDNKK adalah seperti berikut. RON95 berharga RM1.91 seliter, RON97 berharga RM2.11 seliter dan Diesel berharga RM1.93 seliter. Penurunan harga ini berkuatkuasa jam 12.01 pag1, 1 Januari 2015. Harga petrol di Malaysia kini diselaraskan harga pasaran minyak dunia.
December, 2014
-
30 December
Enam Mayat Pertama Pesawat AirAsia Ditemui
TVOne Indonesia melaporkan telah menemui enam mayat yang terapung dan tiga diantaranya telah diambil daripada lautan. Tentera Udara Indonesia pula melaporkan menemui 10 objek besar dan banyak objek kecil berwarna putih dalam lingkungan 10 km dari lokasi asal pesawat dilaporkan hilang. Pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan hilang di ruang udara dua hari lepas yang membawa 155 penumpang.
-
28 December
Pesawat AirAsia dalam perjalanan Surabaya – Singapura dilaporkan hilang
Kapal terbang AirAsia bernombor QZ8501 telah dilaporkan hilang di ruang udara Pulau Kalimantan sekitar jam 6.20 pagi waktu Malaysia. Kapal terbang tersebut membawa 155 penumpang dan 7 krew sepatutnya tiba di Singapura jam 8.30 pagi telah terputus hubungan dengan menara kawalan udara Jakarta. Menurut akhbar Singapore Straits Times, jumlah penumpang mengikut warganegara adalah seperti berikut; Singapura (1), Indonesia (149), Britain …
-
8 December
Super Malu: Penyokong Malaysia belasah penyokong Vietnam #AFFSUZUKICUP2014
Disebabkan segelintir penyokong Malaysia yang bertindak luar kawalan dengan membuat provokasi kepada penyokong Vietnam, semalam, isu ini telah menjadi viral di media sosial kerana telah mencemarkan industri sukan tanahair. Segelintir penyokong Malaysia dilihat menyerang penyokong lawan selepas tamat wisel penamat dan telah menyebabkan beberapa orang tercedera. Perlawanan yang disaksikan hampir seluruh Asia ini telah memalukan Malaysia kerana perkara ini. Mesti …