Bam headshot! Seperti peluru ditembak masuk ke tempurung kepala! Pastinya ramai peminat kipas susah mati Fynn Jamal berderau darah apabila bekas ahli kumpulan VE, Damian memuat naik tweet sebegitu.

Melalui tweet Damian yang berbunyi

Maaf, jujut saya cakap. Fynn Jamal tak boleh menyanyi. Tolong jangan menyanyi lagi.

Kami sudah cakap, suara Fynn Jamal out! Tapi masih ramai yang puji melangit suara penyanyi ini. Namun begitu, melalui kemaskini yang lain, Damian berkata

Saya mungkin tak bersependapat, tapi saya tetap support usaha kalian. Support bukan mengampu je memanjang. Support kena jujur demi kemajuan

Tahniah Damian kerana bertindak berani. Buat apa mengampu ke arah kemunduran, sekurang-kurangnya mengampulah ke arah kemajuan! Haha