Tahniah diucapkan buat Datuk Boy Iman kerana kini telah bergelar doktor setelah menamatkan pengajian jarak jauh di International University.

Datuk Boy telah berkongsi bersama-sama gambar di Majlis Konvokesyen International University bersama keluarga di satu lokasi yang tidak pasti. Menurut Datuk Boy, pada awalnya dia mengikuti bidang bisnes namun bertukar ke bidang sosial dan kemanusiaan selepas mendapati dia tidak dapat bawa subjek tersebut.

Dipetik Datuk Boy berkata

Pada awal mengikuti kursus kedoktoran saya ambil bidang bisnes namun saya tak dapat nak bawa, jadi saya buat keputusan untuk tukar ke bidang sosial dan kemanusiaan. Bidang yang saya ambil ini buat research untuk thesis dan assignment.

Alhamdulillah syukur dengan ada bantuan kefahaman pensyarah saya dapat habiskan pengajian saya. Dalam proses nak habis tu ada jugalah saya mendapatkan bantuan dengan memberikan upah untuk check susunan ayat Bahasa Inggeris