datukkkemalanganpulih

Sejak kemalangan menimpa Datuk K pada bulan Disember tahun lepas, ramai yang tertanya-tanya dengan tahap kesihatan Datuk K ini. Datuk K merupakan suami kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza telah terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan patah bahu, tangan dan kaki.

Buat pertama kalinya beliau muncul di khalayak ramai di sebuah majlis di Putrajaya. Beliau tampil bersama isteri di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memakai alat sokongan leher. Menurutnya, beliau masih menjalani fisioterapi untuk tempoh beberapa bulan akan datang.