Semalam, banglo Datuk Ramli MS telah diserbu sembilan (9) pegawai JAIS bagi menyiasat kerana terdapat aduan bahawa penyanyi Alyah dilihat kerap singgah ke banglo berkenaan.
BACA: Banglo Datuk Ramli MS diserbu, Alyah ada bersama, sah berkahwin
Namun selepas siasatan, pegawai JAIS berkata Ramli dan Alyah mempunyai ikatan suami isteri yang sah dan mereka telah bernikah di Batam, Indonesia setahun lebih yang lalu.
Ramli MS berkata, ada sebab dia merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah dan dia tidak berhasrat untuk berkongsi kepada umum.
Dalam serbuan itu, pasangan itu memberi kerjasama yang baik kepada pegawai penguatkuasa dan meyakinkan pernikahan mereka.
Ramli menyifatkan serbuan itu sengaja diperbesar-besarkan seolah-olah dia melakukan jenayah menjual dadah.