Pernah heboh pada tahun lepas apabila gosip mengatakan rumah tangga Datuk Seri Vida sedang bergolak walaubagaimanapun ia telah dinafikan. Namun perkahwinan yang dibina itu sudah tidak dapat bertahan lagi apabila Datuk Seri Vida mengakui beliau dan suaminya sedang dalam proses perceraian.

Dipetik Datuk Seri Vida berkata

Buat masa ini lebih baik saya berdiam diri kerana dibimbangi ia akan mengeruhkan keadaan. Insya-Allah jika ada perkembangan lanjut saya akan kongsikan kepada anda semua

Sebagai nota, perkahwinan beliau dengan Fairuz Ahmad merupakan perkahwinan ketiganya dan mereka bernikah pada tahun 2014.