Kami difahamkan Datuk Seri Hasmiza atau lebih popular dikenali sebagai DSV kini sedang dalam pembikinan muzik video rasmi untuk lagunya yang pernah viral sebelum ini iaitu “I Am Me”. Namun begitu, beberapa “sneak preview” gambar yang ditunjukkan telah mendapat kecaman daripada netizen gara-gara dikatakan riak tidak bertempat.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh salah seorang yang terlibat dengan pembikinan video itu menunjukkan DSV sedang bermandikan duit dan bergambar berlatarbelakangkan kereta Lamborgini berwarna pink. Antara respon-respon netizen: