Sunday , August 9 2020

Datuk Siti Nurhaliza kecewa dengan kes Tabung Haji (2 Gambar)

1-Siti-Nurhaliza-Komen-Isu-TabuHaji-MEDIAMALAYA

Rasanya ramai yang tahu mengenai berita Tabung Haji telah membeli satu plot kawasan di Tun Razak Exchange daripada 1MDB yang sedang menjadi hangat sejak pagi tadi.

Selain rakyat marhaen, Datuk Siti Nurhaliza juga tidak terlepas dengan rasa kecewa dengan pengurusan Tabung Haji dengan sewenang-wenangnya menggunakan duit yang disimpan rakyat bagi tujuan mengerjakan haji tetapi disalahgunakan untuk tujuan lain.

Dipetik tweet yang dihantar olehnya

Sangat memalukan dengan apa yang terjadi dengan kes Tabung Haji..Ya Allah lindungi kami

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata, supaya pendeposit tidak risau dengan provokasi politik yang tersebar di media sosial sambil menjelaskan pihak Tabung Haji tidak mengambil langsung duit pendeposit untuk membeli tanah 1MDB. Persoalannya, jika bukan duit pendeposit, dari manakah sumber wang yang diambil mereka?

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …

counter statistics