DJ kurang popular dari stesen radio Hot FM, Deen telah mengeluarkan tweet berbaur provokasi kepada kelab bola sepak JDT tempoh hari.

Melalui tweet yang dihantar berbunyi

BER-JDT maksudnya bergaduh. Contoh ayat, jurulatih itu ber-jdt dengan pengadil perlawanan bola sepak.

Selepas dihentam oleh ramai pihak termasuk penyokong kelab bola sepak JDT. Deen telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui tweet beliau beberapa jam selepas itu.

Persoalannya adalah apakah motif Deen berbuat begitu. Adakah dia cuba meraih publisiti murahan untuk mempopularkan dirinya sendiri yang kita sedari dia tidak popular dan tidak dikenali? Mungkin Deen sendiri boleh menjawab soalan itu.

Ikuti tweet yang menimbulkan kontroversi selepas ini.