Setiap diantara kita pasti pernah terjebak or at least merasai apa yang dilalui oleh pelawak, Amir Raja Lawak ini. Amir berkata melalui Instagramnya bahawa dia telah diajak oleh seseorang untuk menjadi pengacara namun sebaik tiba ditempat kejadian, sebenarnya dia dijemput menjadi ahli skim jualan langsung (MLM) sebuah produk kecantikan.
Disertakan gambar perbualan WhatsApp dengan individu tersebut beserta caption terkilan yang berbunyi
Aku ni dari tempat shooting sanggup tak balik mandi tunggu nak jumpa sebab excited nak jadi host, rupa-rupanya.. Dengar dia sembang panjang-panjang aku ngantuk/main tepon kata aku ni macam tak respect, padahal dia yang cakap lain, pastu lain yang jadi..Sape yang tak respect sape sekarang?
Usahlah menipu semata-mata mahu mengajak orang berniaga. Jika anda yakin dengan produk yang diniagakan, tidak perlu takut untuk mempromosikannya secara berhemah. Apatah lagi sekarang ini banyak medium di laman sosial terutamanya yang boleh mempromosikan perniagaan masing-masing
Baca caption penuh dan gambar seperti yang tertera di bawah