Penolong pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 34, dan juruteknik komputer, Mohd Fizal Reza Jamauddin, 31, mengaku tidak bersalah memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga sekeluarga di Lebuhraya DUKE, Sabtu lalu.
BACA: Lumba haram punca suami isteri dan anak maut #FMC (15 Gambar)
Kedua-dua telah didakwa dilakukan di Lebuhraya DUKE KM6.2 jam 1.05 pagi. Insiden kemalangan itu telah menyebabkan masyarakat marah terhadap kecuaian pemandu Myvi terbabit kerana telah berlumba secara haram sehingga menyebabkan kematian. Perbicaraan mahkamah telah ditangguhkan.