Wednesday , October 27 2021

Edry KRU dilantik Pengetua Akademi Fantasia (AF2015)

Akademi-Fantasia-2015

Jeng jeng! Rancangan hiburan realiti terhebat Akademi Fantasia nampaknya bakal kembali dan bakal menyaksikan Edry Abdul Halim sebagai pengetua. Rancangan ini bakal membarisi 16 peserta yang akan berentap bagi memburu gelaran juara dan artis segera. Menarik untuk disaksikan seluruh pelusuk Malaysia.

Selain daripada Edry yang dilantik sebagai pengetua, barisan guru turut menampilkan Acis sebagai Pengarah Muzik Konsert, Shahrol sebagai Guru Vokal, Fatimah Abu Bakar sebagai Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris, Linda Jasmine sebagai Guru Tarian dan Kareografi, Fauziah Nawi sebagai Guru Seni Persembahan dan Que Haidar sebagai Guru Pementasan.

Berikut antara senarai pserta untuk AF2015

AF2015_CONTESTANT

Peserta Lelaki
SHARUL; [Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan]; IQWAN; [Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak], SYAMEL; [Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur], OPENG; [Anthonasius Jadil, 23, Sabah], FAROQ; [Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka], SUFI; [Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura], SYAHID; [Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka] dan WILI; [Suili George, 28, Sabah].

Peserta Perempuan
BILA; [Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur], ZIQA; [Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor], ARISA; [Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor], AZIAH; [Aziah Awang, 21, Sabah], IFA; [Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah], LISA; [Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak], RACHEL; [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang] dan DALILA; [Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura].

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Johan As’ari minta Polis siasat rumah Tun M (3 Gambar)

Umum ramai ketahui, kini sedang rancak Pihak Berkuasa sedang menyiasat skandal kewangan yang melanda negara …