Mahkamah Rendah Syariah Sepang semalam telah memerintahkan Azmi Mohd Hata iaitu bekas suami kepada penyanyi Elly Mazlein untuk membayar nafkah sebanyak RM1500 setiap bulan untuk bayi perempuannya, Putri Sara Sefhia yang kini baru berusia 7 bulan.
Azmi juga diperintahkan untuk membayar nafkah persiapan Hari Raya berjumlah RM1500 setiap tahun.
Dalam pada itu, Elly Mazlein ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau melahirkan rasa syukur kerana ia juga rezeki buat anak perempuannya.
Menurutnya, segala penderitaannya selama ini berbayar dengan keputusan dibuat mahkamah hari ini.