Tahniah diucapkan kepada Erra Fazira kerana telah berhijrah penuh memakai hijab selepas Nisfu Syaaban. Erra ketika ditemubual berkata bahawa dia terlintas niat di hati untuk berhijrah dan tidak lagi mahu memberikan sebarang alasan untuk tidak memakainya.

Dipetik Erra Fazira berkata

Alhamdulillah, Allah bukakan hati ini. Sebenarnya sudah lama dah (hasrat mahu bertudung), tetapi rasa itu terpanggil kuat apabila masuknya Nisfu Syaaban. Dah tak mahu fikir-fikir panjang dan mencari alasan lagi, laksanakan terus niat itu

Kita sepatutnya mendoakan dan saya percaya perlahan demi perlahan saya dan mereka (yang berhijrah) akan melakukan perubahan mutlak. Janganlah hentam yang teruk benar. Menegur tidak salah, tapi biar berhemah. Yang penting penghijrahan itu dalam diri