Usia Ezlynn bukan lagi rahsia, dia kini sudah mencecah 30 tahun dan sudah masanya untuk Hi hi bye bye zaman solonya. Dia bakal berkahwin pada bulan November ini. Tarikh keramat yang dipilih ialah 11 November 2011.

Walaupun November hanya tinggal dua bulan sahaja lagi, Ezlynn masih berahsia mengenai calon suaminya ittew. Semuanya akan dkmaklumkan selepas segala persiapan majlis selesai. Majlis perkahwinannya kelak akan dilangsungkan di tempat lahirnya di Ulu Kinta, Perak.