Faezah Elai difahamkan bakal bernikah dengan jejaka misteri pada bulan September ini. Dia yang mengimpikan majlis perkahwinan romantis di tepi pantai dikatakan belum bersedia untuk mengumumkan jejaka yang bakal bergelar suaminya.

Majlis persandingan di sebelah pihak perempuan bakal diadakan pada 3 Disember 2011 di Dewan Banquet, Markas Divisyen 2, Kem Tun Abdul Razak, Bukit Gedung, Pulau Pinang manakala majlis persandingan sebelah lelaki pada 4 Disember di Tanjung Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang berkonsepkan persandingan pantai.

Cepatnya umumkan tarikh kahwin, tapi masih merahsiakan bakal suami. Weird-kan? Adakah jejaka tersebut Heykal Hanafiah?