Saturday , December 5 2020

Fara Fauzana membatalkan majlis nikah

1-Fara-Fauzana-Batal-Nikah-MEDIAMALAYA

Fara Fauzana dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 17 September ini terpaksa mengumumkan untuk membatalkannya 13 hari sebelum tarikh berlangsung.

Dipetik Fara berkata

 

Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk saya ambil.

Namun setelah memikirkan perkara ini dengan sedalam-dalamnya, juga memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT serta membincangkan perkara ini bersama kedua orang tua dan keluarga terdekat, saya tekad untuk tidak meneruskan pernikahan dan percaya bahawa keputusan ini adalah yang terbaik

Fara Fauzana, 36 bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan terpaksa membatalkan rancangan pernikahan seperti yang diumumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos yang lalu.

Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah SWT dan tentu sekali ada hikmah yang menanti.

Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.

Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.

Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini

 

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

PU Abu dikecam kerana bermain TikTok

Siapa sangka pendakwah bebas seperti Pencetus Ummah Abu (PU Abu) di kalangan manusia yang terjebak …

counter statistics